Kemaskini iOS 11 mula diterima peranti pintar keluaran Apple pada awal September yang lalu. Selepas hampir tiga bulan akhirnya Apple berkongsi angka rasmi peratusan penggunaan pelbagai versi sistem operasi ini. Sehingga 4 Disember yang lalu, 59% peranti telah menggunakan iOS 11.
iOS 10 masih lagi digunakan pada 33% peranti manakala hanya 8% masih lagi menggunakan versi lebih terdahulu. Kadar penggunaan versi iOS ini jauh lebih pantas berbanding Android. Sehingga bulan lalu hanya 0.3% menggunakan Oreo dan Nougat sekitar 21%. Ini adalah sebab mengapa Google memperkenalkan Project Treble bagi memudahkan kemaskini perisian di masa hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penggunaan iOS 11 Kini Sudah Mencecah 59%"