Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Steam Menamatkan Sokongan Pembayaran Bitcoin Kerana Ketidakstabilan

Steam hari ini mengumumkan mereka menamatkan sokongan pembayaran menggunakan Bitcoin disebabkan beberapa sebab – termasuk kerana caj pemprosesan yang tinggi, dan juga ketidakstabilan pada nilai Bitcoin.

Nilai Bitcoin meningkat akhir-akhir ini, sekaligus memberikan kesan terhadap para pembeli. Menurut pihak Steam, kini pembeli terpaksa menanggung caj pemprosesan mencapai $20 untuk setiap kali pembelian menggunakan Bitcoin, berbanding hanya $0.20 ketika ciri tersebut ditambah pada Steam.

Disamping itu, ketidakstabilan harga yang membuatkan ia berubah hampir setiap masa membuatkan pembelian sedikit sukar untuk pembeli. Sebagai contoh, nilai Bitcoin ketika pembeli memulakan pembelian sehingga transaksi selesai mungkin berubah.

Perkara ini mungkin memerlukan pembeli untuk menambah atau mengurangkan pembayaran Bitcoin mereka – sekaligus sekali lagi menanggung caj pemprosesan untuk Bitcoin yang tinggi.

Disebabkan oleh hal-hal ini, Steam telah membuang sokongan pembayaran menggunakan Bitcoin bermula hari ini. Namun, mereka mengatakan mungkin menilai-semula penggunaannya pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Steam Menamatkan Sokongan Pembayaran Bitcoin Kerana Ketidakstabilan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info