Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Maps Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Lebih Daripada Satu Destinasi

Google Maps merupakan salah satu aplikasi peta dan navigasi yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka menambah satu fungsi baru yang menarik pada Google Maps, iaitu kebolehan menambah lebih daripada satu destinasi yang dituju.

Google Maps

Kini, pada Google Maps di Android, pengguna boleh menambah destinasi lebih daripada satu dengan menekan pada butang menu dan memilih Add A Stop. Seterusnya, Google Maps akan membuat anggaran masa perjalanan yang akan diambil untuknya.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan akan hadir ke iOS pada masa akan datang.

Muat-Turun Google Maps untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Maps Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Lebih Daripada Satu Destinasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info