Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kesemua Permainan Jak and Daxter Akan Hadir Pada PlayStation 4 Pe

Jak and Daxter ialah siri permainan yang dihasilkan oleh Naughty Dog selepas kejayaan mereka menghasilkan Crash Bandicoot. Siri Jak and Daxter tidak lagi dihasilkan selepas Naughty Dog sekali lagi berubah genre dan menghasilkan siri Uncharted. Kepada peminat permainan klasik PlayStation 2 ini, akan boleh memainkannya semula apabila ia hadir ke konsol PlayStation 4.

Kesemua permainan Jak and Daxter iaitu Jak and Daxter: The Precursor Legacy, Jak II, Jak 3 dan Jak X: Combat Racing akan boleh dimainkan di PlayStation 4 pada penghujung tahun ini. Terdapat sokongan Trophy, SharePlay, RemotePlay dan grafik 1080P untuk kesemua permainan. Ini bukanlah versi dengan grafik diberikan nafas baru seperti Crash Bandicoot Trilogy Remastered.

Koleksi ini hanya akan ditawarkan menerusi PlayStation Store. Kami hanya berharap tidak akan ada halangan untuk pemilik akaun PlayStation Asia untuk memuat turunnya kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kesemua Permainan Jak and Daxter Akan Hadir Pada PlayStation 4 Pe"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info