Pada bulan Mei lepas, pihak Bandai Namco telah berkongsi dengan Amanz mengatakan mereka akan membuka pejabat atau studio di Malaysia. Hari ini, secara rasminya mereka menubuhkan syarikat untuk operasi tempatan dikenali sebagai BANDAI NAMCO Studios Malaysia Sdn Bhd, dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2016 kelak.
Studio di Malaysia ini akan memfokuskan kepada pembangunan kandungan, dan menjadi hab untuk pembangunan seni visual di rantau ini.
BANDAI NAMCO di Malaysia juga bekerjasama dengan studio CGI popular tempatan, iaitu Sky Animation, selain turut menerima sokongan daripada MDeC.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bandai Namco Membuka Studio Di Malaysia – Beroperasi Penuh Bermula September 2016"