Pelbagai syarikat telah menyertai arena realiti-maya, dan semestinya Xiaomi yang mempunyai pelbagai penawaran dibawah mereka turut tidak ingin ketinggalan. Terkini, ia diumumkan Xiaomi bakal hadir dengan Xiaomi VR pada bulan Ogos kelak.
Xiaomi VR ini kelak dilihat akan hanya menyokong peranti Snapdragon 820 dan terkini, memandangkan ia akan memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi untuk menawarkan pengalaman realiti-maya yang baik.
Disamping hanya peranti Xiaomi VR, pihak Xiaomi juga akan hadir dengan platform MIUI untuk realiti-maya yang bakal dikenali dengan nama MIVR. Melaluinya, ia akan menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan kandungan realiti-maya, disamping memudahkan lagi pengguna menikmati kandungan video dan gambar dengan baik melaluinya.
Bagaimanakah Xiaomi VR ini akan kelihatan masih menjadi tanda tanya lagi buat masa ini, dan ia dijangka akan mengambil idea awal daripada Google Daydream.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi VR Bakal Dilancarkan Pada Bulan Ogos Ini"