Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Hadir Dengan Kipas Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Dan Mempunyai Bateri Terbina

Xiaomi sejak setahun dua yang lepas ini telah bekerjasama dengan sejumlah syarikat dibawah ekosistem Mi, dan memperkenalkan pelbagai variasi peralatan elektronik. Terkini, selepas populariti kipas USB bersaiz mini, pihak Xiaomi hadir dengan sebuah kipas berdiri yang turut hadir dengan ciri-ciri pintar.

Xiaomi Mi Fan

Xiaomi mengatakan mereka menggunakan rekaan bilah yang mengurangkan kadar rintangan udara, sekaligus menawarkan angin yang kuat dan semulajadi kepada pengguna dalam memastikan mereka kekal sejuk. Xiaomi turut mengatakan penggunaan motor pada kipas ini lebih efisyen sekaligus mengurangkan kadar kehilangan tenaga disebabkan panas.

Dengan fokus terhadap peranti pintar, Xiaomi turut menyertakan beberapa ciri-ciri pintar pada Mi Smart Fan ini. Antaranya, pengguna boleh mengawal kipas ini melalui telefon pintar mereka, disamping turut menetapkan masa untuk ia berhenti, serta mengawal sudut kipas berkenaan.

Xiaomi Mi Fan

Mi Smart Fan juga turut hadir dengan bateri terbina bagi membolehkan ia terus beroperasi selama 16 jam walaupun tanpa tenaha elektrik. Ini membolehkan anda terus menikmati angin sejuk walaupun mengalami masalah gangguan elektrik dirumah.

Mi Smart Fan ini hanya dijual di China sahaja buat masa ini, dan hadir pada harga 799 Yuan (sekitar RM497).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Kipas Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Dan Mempunyai Bateri Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info