Microsoft bakal mengadakan acara E3 mereka dalam tempoh kurang 24 jam lagi, dan dijangka mengumumkan konsol terbaru mereka ketika itu. Tetapi, seperti biasa, info mengenainya kini telah mula tertiris dan Xbox One baru tersebut kelak bakal dikenali dengan nama Xbox One S.
Daripada gambar yang tertiris, ia dilihat Xbox One S akan menawarkan rekaan yang lebih nipis dan kompak – hampir 40% berbanding Xbox One. Xbox One S ini juga bakal hadir dengan sokongan video 4K dan juga kandungan dalam bentuk HDR, disamping dilengkapi dengan ruangan storan sehingga 2TB. Palam bekalan kuasa juga akan hadir terbina pada Xbox One S – berbeza dengan apa yang telah diperkenalkan pada Xbox sebelum-sebelum ini.
Gambar tertiris juga memperlihatkan Xbox One S hadir dalam warna putih. Harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kita akan mendengar lanjut mengenai kemaskini konsol daripada Microsoft esok pada E3.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xbox One S Tertiris – Rekaan Lebih Kompak Dan Menyokong 4K"