Baru sahaja bertapak empat bulan di pasaran Malaysia, Wiko kini telah membawakan penawaran baru untuk pasaran tempatan. Pada hari ini mereka telah melancarkan tiga model terkini iaitu Wiko Robby, Wiko U Feel dan Wiko U Feel Lite.
Dari ketiga-tiga penawaran terbaru dari Wiko ini, Wiko U Feel merupakan penawaran dengan spesifikasi tertinggi diantara ketiga-tiga ini. Ia membawakan paparan skrin bersaiz 5-inci 720p, cip pemprosesan 1.3GHz empat-teras dengan RAM sebesar 3GB, kamera dengan sensor pengimejan sebesar 13MP dan kamera hadapan 5MP memfokuskan selfie dengan adanya lampu LED-flash. Dari segi storan, U Feel mempunyai kapasiti storan sebesar 16GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro-SD sehingga 64GB dan beroperasi menggunakan Android Marshmallow.
Salah satu ciri utama yang dibawakan peranti ini juga adalah pengimbas cap jari yang membolehkan pengguna menggunakan peranti ini dengan pantas. Telefon ini juga dilengkapi dengan dua kad SIM dan menyokong capaian 4G. Bagi kedua-dua versi, ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 2500 mAh.
Wiko U Feel Lite pula merupakan penawaran dengan spesifikasi yang sedikit berbeza, dimana ia turut menyertakan ciri utama iaitu pengimbas cap jari. Kelainan yang dibawakan adalah dari segi RAM dan sensor pengimejan kamera, dimana kapasiti RAM hanyalah sebesar 2GB dan kamera utama mempunyai sensor pengimejan sebesar 8MP. Namun ia tetap hadir dengan selfie-flash pada kamera hadapan. Satu lagi perbezaan adalah dari segi rekaan, dimana U Feel Lite membawakan kemasan baldu pada bahagian penutup belakangnya.
Baca: Kenali Wiko U Feel & Wiko U Feel Lite
Satu lagi peranti yang dilancarkan hari ini ialah Wiko Robby, iaitu peranti pada kelas phablet dengan paparan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1280x720p. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.3GHz empat-teras dengan RAM 1GB. Kapasiti storannya pula sebesar 16GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 64GB. Ia beroperasi menggunakan Android Marshmallow dan mempunyai spesifikasi kamera yang sama dengan Wiko U Feel Lite. Salah satu ciri utama pada peranti ini ialah ia boleh digunakan terbalik, seperti Alcatel One Touch Idol S.
Baca: 5 Perkara Mengenai Wiko Robby
Ketiga-tiga peranti ini akan mula dijual bermula hari ini. Wiko U Feel dijual pada harga RM 699, U Feel Lite dijual pada harga RM 569 manakala bagi Wiko Robby ia dijual pada harga RM499. Untuk penawaran sebegini pada spesifikasi yang berkadaran, boleh dikatakan harganya agak menarik buat pengguna. Wiko Malaysia turut menyatakan akan membawakan edisi khas untuk Fever 4G dengan rekaan penutup belakang yang berbeza manakala Wiko Lenny pula akan mula dijual dengan kemasan faux-leather namun ditawarkan pada harga yang sama, iaitu RM 299.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wiko Malaysia Memulakan Penjualan Robby, U Feel & U Feel Lite"