Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivendi Mengambil-Alih Penerbit Permainan Mudah-Alih Popular Gameloft

Vivendi merupakan salah satu syarikat media popular yang berpusat di Perancis. Sebelum ini mereka telah mengambil-alih beberapa syarikat, dan paling terkini Vivendi kini mengambil-alih penerbit permainan popular, Gameloft.

Gameloft

Pengambil-alihan oleh Vivendi ini telah dimulakan sejak daripada tahun lepas, dimana mereka mula membeli saham syarikat Gameloft secara berperingkat. Baru-baru ini, mereka telah mendapatkan pegangan majoriti sebanyak 56%.

Lanjutan daripadanya, pemilik asal Gameloft telah memilih untuk menjual pegangan mereka dalam syarikat berkenaan kepada pihak Vivendi. Pemilik asal mereka sebelum ini memegang sebanyak 21.7%, dan mengatakan mereka menjualnya dengan penuh kesal.

Disamping Gameloft, Vivendi juga turut dispekulasikan bakal melakukan perkara sama dalam usaha mengambil-alih penerbit permainan Ubisoft.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Vivendi Mengambil-Alih Penerbit Permainan Mudah-Alih Popular Gameloft"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info