Google mahu mempunyai kawalan lebih ketat dalam penghasilan peranti mereka. Ini bukan lagi rahsia dan kali pertama didengari beberapa bulan yang lalu. Dengan kawalan secara menyeluruh mereka berharap dapat mengikuti langkah Apple dan sekaligus menghasilkan peranti yang lebih berkualiti. Ura-ura terkini dari akhbar Telegraph ialah peranti 100% buatan sendiri ini akan muncul tahun ini.
Peranti Google ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun. Maklumat mengenai spesifikasi dan saiz masih belum diketahui. Walaupun hampir kesemua peranti Google Nexus mendapat reaksi yang positif, ia kerap menghadapi masalah. Sebagai contoh Nexus 5X keluaran LG mempunyai masalah sela masa. Nexus 6P keluaran Huawei pula mempunyai masalah panel kaca belakang yang pecah secara tiba-tiba. Dengan penghasilan peranti mereka sendiri, mungkin kesemua masalah ini akan menjadi kisah silam dan akhirnya sebuah peranti Android vanilla yang benar-benar memuaskan akan muncul buat pengguna.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Google Akan Menjual Peranti 100% Buatan Sendiri Tahun Ini"