Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Antaramuka EmotionUI 5.0 Huawei Akan Lebih Menghampiri Stock Android

Pengeluar yang menunjukkan peningkatan tahun lalu ialah Huawei yang kini duduk di tangga ke tiga di dalam senarai pengeluar peranti terbesar 2015. Syarikat dari China ini pernah suatu ketika dahulu dibelenggu imej “peranti buatan China” dan tidak menarik minat pembeli. Persepsi ini mula berubah dengan penghasilan Nexus 6P oleh mereka dan beberapa peranti lain seperti Mate 8 dan P9. Mereka turut mengambil bekas pereka UX Apple, Abigail Sarah Brody bagi memperbaiki rekaan antaramuka.

Huawei-Mate-8-UI-1Perubahan paling besar keatas pelancar EmotionUI mereka mungkin akan dilihat pada musim luruh ini dengan pengenalan EmotionUI 5.0. Versi terbaru pelancar dikatakan lebih menghampiri stock Android. Perubahan mendadak ini dikatakan bagi menarik minat pengguna di luar China yang tidak berapa menggemari rekaan EmotionUI sekarang.

Harus kami akui kelemahan paling besar peranti Huawei sekarang ialah EmotionUI yang mempunyai rekaan yang sedikit ketinggalan. Rekaan peranti dan kemasan mereka sudahpun mencapai tahap yang memuaskan. Dengan gabungan antaramuka perisian yang lebih kemas, impian mereka menjadi pengeluar peranti nombor satu dunia dalam tempoh lima tahun mungkin menjadi kenyataan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Antaramuka EmotionUI 5.0 Huawei Akan Lebih Menghampiri Stock Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info