Terdapat beberapa pembangun permainan mudah-alih di Malaysia, dan salah satunya adalah Weyrdworks Studio. Kini, pembangun permainan berkenaan dalam persiapan untuk melancarkan permainan terbaru mereka, dinamakan sebagai Super Steampuff.
Super Steampuff menawarkan rekaan watak dan grafik yang ceria, serta memfokuskan kepada permainan berbentuk tembak-menembak dan perlu mengelak daripada peluru pihak lawan. Pemain boleh memilih watak kegemaran mereka, dan melalui pelbagai tahap dengan halangan berbeza dan mendapatkan senjata untuk menembak pihak lawan.
Menariknya juga mengenai permainan ini adalah sokongan integrasi Facebook untuk melihat markah rakan-rakan lain, disamping kebolehan bermain multiplayer untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain.
Permainan Super Steampuff ini ditawarkan untuk pengguna peranti iPhone dan iPad sahaja. Perancangan pembangunnya untuk platform Android masih tidak diketahui.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini di AppStore Malaysia pada harga $2.99. Pembangunnya akan melancarkan ia untuk pasaran global secara rasminya pada minggu hadapan.
Muat-Turun Super Steampuff di AppStore
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Super Steampuff – Permainan Tembak-Menembak Untuk iOS Daripada Pembangun Tempatan"