Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Kini Telah Tiga Tahun Di Malaysia – Spotify Gift Card Akan Mula Dijual Di 7Eleven

Bagi ramai pengguna peranti mudah-alih, anda sedia mengenali akan Spotify, iaitu sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang memberikan anda akses untuk mendengar lebih daripada 30 juta lagu melaluinya. Spotify telah memasuki pasaran tempatan pada tahun 2013 yang lepas, dan kini telah tiga tahun di Malaysia.

Sejak hadir, ia telah mula memberikan kemudahan untuk pengguna tempatan menikmati muzik dan mengurangkan kadar cetak rompak dalam industri muzik. Spotify mengatakan pengguna Malaysia telah menstrim lagu selama 8.3 bilion minit sehingga kini, dan angka pengguna mereka berkembang sehingga 71^% dari tahun ke tahun.

Spotify Gift Cards

Dari segi penggunaan, ramai pengguna Spotify di Malaysia mendengarnya diantara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari dan juga 3 petang hingga lima petang. Seperti ramai sedia maklum, Spotify juga ditawarkan bersama-sama pakej telekomunikasi dan memudahkan pengguna membuat langganan untuknya.

Berkongsi mengenai perancangan lanjut, Spotify mengatakan mereka akan mula menjual Spotify Gift Card di 7Eleven sekitar Malaysia, sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan membuat langgan berbayar pada perkhidmatan berkenaan walaupun tidak mempunyai kad kredit.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Spotify Kini Telah Tiga Tahun Di Malaysia – Spotify Gift Card Akan Mula Dijual Di 7Eleven"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info