Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM Mengeluarkan Kompaun Berjumlah RM600,000 Ke Atas Syarikat Telekomunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sering memantau penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan, dan mengeluarkan kompaun sekiranya mendapati mereka tidak menepati beberapa perkara yang telah ditetapkan.

SKMMTerkini, SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM600,000 ke atas syarikat telekomunikasi tempatan disebabkan oleh mutu perkhidmatan dan juga kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar.

Untuk mutu perkhidmatan, satu kompaun berjumlah RM20,000 telah dikeluarkan ke atas Celcom Axiata Berhad, sementara kompaun berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan kepada Red One Network, Digi Telecommunications, Merchantrade Asia dan juga Husa Network.

Pada masa yang sama, sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mengikuti panduan pendaftaran kad SIM prabayar. Daripada 12 kompaun ini, sebanyak 2 kompaun berjumlah RM100,000 dikeluarkan ke atas Maxis, lima kompaun berjumlah RM250,000 ke atas Digi dan 5 kompaun berjumlah RM250,000 ke atas Celcom.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SKMM Mengeluarkan Kompaun Berjumlah RM600,000 Ke Atas Syarikat Telekomunikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info