Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Play Mula Memberikan Cadangan Untuk Nyah-Pasang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

PlayStore UninstallSaiz aplikasi boleh dikatakan semakin besar dari hari ke hari, dan mungkin anda yang menggunakan peranti dengan ruangan storan kecil akan menghadapi masalah apabila ingin memasang sebarang aplikasi baru pada peranti anda. Kini, Google dilihat mempunyai penyelesaian mereka tersendiri untuk mengatasi masalah ini.

Google kini dilihat mula memaparkan notifikasi tidak mencukupi ruangan storan sekiranya peranti anda tidak mempunyai storan untuk memasang aplikasi baru. Google seterusnya akan menyenaraikan beberapa aplikasi yang tidak digunakan oleh anda, serta memperlihatkan berapakah saiz storan yang digunakan oleh setiap aplikasi ini.

Ia tidak lagi diketahui sama ada pengenalan ini telah dilakukan secara meluas ataupun masih sedang dilakukan secara berperingkat. Bagi anda, adakah anda pernah terjumpa notifikasi seumpama ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Play Mula Memberikan Cadangan Untuk Nyah-Pasang Aplikasi Yang Tidak Digunakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info