Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo A37 Dilancarkan – Peranti 5″ Diperkasakan Snapdragon 410

Tahun 2016 ialah tahun yang menarik bagi dunia peranti pintar. Harga peranti semakin mampu milik dan spesfikasi peranti kelas pertengahan kini lebih dari memadai untuk penggunaan seharian. Pendek kata anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki peranti yang baik tahun ini. Oppo A37 ialah peranti kelas permulaan yang baru sahaja dilancarkan oleh Oppo.

Oppo A37 2Oppo A37 dilengkapi skrin 5″ 720P, diperkasakan pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disertakan berserta dua slot kad SIM nano. Dari segi optik ia mempunyai kamera utama 8 Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 5 Megapixel f/2.4. Bateri sebesar 2630 mAh disertakan bagi menguasai peranti yang menggunakan Android Lollipop ini. Ia sudah mula dijual di Singapura pada harga $214 (~RM 872) dan seterusnya akan diperkenalkan ke pasaran Indonesia. Tiada maklumat buat sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo A37 Dilancarkan – Peranti 5″ Diperkasakan Snapdragon 410"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info