Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – WWDC 2016, E3 2016, Microsoft LinkedIn

Pada minggu lepas, Apple mencuri perhatian ramai melalui acara tahunan WWDC 2016 mereka. Melaluinya, sejumlah perkara baru telah diumumkan, termasuk WatchOS 3.0, dan penjenamaan semula OS X kepada macOS.

macOS Sierra bakal hadir dengan integrasi Siri serta Apple Pay, dan pelbagai fungsi baru lain. iOS 10 juga bakal hadir tidak lama lagi dengan integrasi antaramuka baru, Apple Photos lebih baik, dan pelbagai fungsi baru lain.

Minggu lepas juga turut menyaksikan acara E3 2016 yang membawakan pelbagai permainan baru dan juga fokus terhadap beberapa permainan realiti-maya.

Dalam arena peranti pula, OnePlus telah memperkenalkan OnePlus 3 yang hadir dengan Snapdragon 820 dan juga memori 6GB RAM. Di Malaysia sendiri, sejumlah peranti baru turut memasuki pasaran tempatan, termasuk Xiaomi Mi5, Chromecast 2, Honor 5c dan juga Galaxy J 2016.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – WWDC 2016, E3 2016, Microsoft LinkedIn"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info