Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Ingin Cuba Teka Pasukan EURO Kegemaran Berdasarkan Kepada Gambar Anda

Microsoft sebelum ini telah hadir dengan beberapa web ringkas memfokuskan kepintaran buatan. Terkini, bersempena dengan musim EURO 2016, Microsoft hadir dengan sebuah lagi laman yang ingin menggunakan sistem kepintaran mereka dalam membuat tekaan pasukan EURO kegemaran anda.

What-Fan

Laman What-Fan berkenaan akan meminta pengguna untuk memuat-naik gambar wajah anda, dan ia akan membuat beberapa analisa dalam membuat tekaan pasukan kegemaran anda. Antara perkara yang diambil kira adalah termasuk rupa wajah dan adakah serupa dengan pemain bola sepak yang lain.

Selepas membuat analisa, laman What-Fan berkenaan akan memperlihatkan pasukan yang mungkin anda minati untuk EURO 2016 ini. Seperti biasa, tekaan yang hadir tidak begitu tepat kebiasaannya memandangkan pasukan yang diminati seseorang sukar untuk diramal. Namun, ia mungkin sesuatu yang menarik untuk anda cuba dan lihat apakah pasukan yang diteka oleh Microsoft untuk anda.

Layari : Project Murphy – What-Fan



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Ingin Cuba Teka Pasukan EURO Kegemaran Berdasarkan Kepada Gambar Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info