“Susur masa berasaskan algoritma” ialah frasa yang dibenci tahun ini. Ia diperkenalkan terlebih dahulu oleh Facebook bagi memastikan “berita paling penting” dan relevan akan dilihat terlebih dahulu. Sistem algoritma ini dikatakan lebih menepati citarasa pengguna berbanding sistem susur masa kronologikal. Namun telah terbukti di Facebook algoritma ini terdedah kepada manipulasi sehingga sesetengah berita penting diabaikan mengikut agenda mereka.
Kini susur masa berasaskan algoritma diperkenalkan kepada semua di Instagram. Ia diaktifkan hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat Mac lalu dan kini boleh dilihat oleh pengguna seluruh dunia. Menurut Instagram, susur masa ini memastikan anda tidak lagi ketinggalan melihat gambar dari kawan baik dan selebriti yang paling anda minati. Menurut mereka kebanyakan pengguna terlepas 70% gambar yang dimuat naik dari orang terpenting di dalam hidup mereka sekiranya susur masa algoritma tidak digunakan. Apakah pula pendapat anda? Adakah susur masa baru ini lebih baik ataupun tidak?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Mengaktifkan Susur Masa Berasaskan Algoritma Kepada Semua"