Kita sekarang di musim tengkujuh dan hampir setiap petang Kuala Lumpur akan dilanda hujan lebat. Ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas akibat banjir kilat yang masih belum dapat diselesaikan. Kepada yang tidak redha terperangkap di dalam kesesakan setiap hari, pengangkutan awam menjadi pilihan. Tetapi mereka masih mungkin basah kuyup sekiranya tidak membawa payung. TARAbrella ialah payung pintar yang bukan sahaja memastikan pengguna kering, tetapi mampu meramal keadaan cuaca dan mengingatkan pengguna supaya membawanya sebelum keluar.
Payung pintar ini dilengkapi baromoter dan pengesan kelembapan udara. Berdasarkan dua parameter ini, ia dapat meramal sama ada hujan akan turun ataupun tidak. Terdapat sistem lampu LED pada bahagian pemegang. Sekiranya hujan akan turun dalam masa enam jam, ia akan memaparkan warna biru. Kelipan lampu ini menarik perhatian pengguna supaya tidak lupa membawanya keluar. Apabila tidak dipakai ia disimpan di dalam pengecas khas.
Selain meramal cuaca, terdapat lampu pada bahagian hujung TARAbrella bagi memudahkan pemandu kenderaan melihat pengguna ketika hujan. Sekaligus meningkatkan keselamatan pengguna ketika berjalan. Payung ini masih mengumpul dana dan boleh dimiliki pada harga $49 (~RM 200) sebatang,
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TARAbrella – Payung Pintar Meramal Cuaca Untuk Anda"