Perkembangan teknologi membuatkan pelbagai pihak hadir dengan beberapa kaedah baru dalam memudahkan pengguna membuat pembayaran. Terkini, Visa memperlihatkan sebuah cincin untuk membuat pembayaran – bersempena dengan sukan Olimpik di Rio.
Cincin pintar ini hadir dengan sokongan NFC, dan sebuah cip mikro yang dihubungkan kepada akaun pengguna. Tiada sebarang bateri digunakan, sekaligus membuatkan pengguna tidak perlu risau untuk mengecasnya. Disamping itu, ia juga hadir dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter.
Visa sebagai penyedia pembayaran rasmi untuk sukan Olimpik Rio, mereka akan menguji penggunaan cincin pintar ini bersempena dengannya, dan sejumlah 45 orang atlet terpilih dari seluruh dunia akan diberikan cincin berkenaan untuk diuji.
Visa masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah mereka akan memasarkannya secara meluas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Visa Memperlihatkan Sokongan Membuat Pembayaran Menggunakan Cincin"