Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Menawarkan Diskaun Sehingga RM6 Untuk Penghujung Minggu, Sehingga 10 Julai 2016

Bersempena dengan musim Ramadhan dan Raya ini, pihak Grab (dulu dikenali dengan nama MyTeksi) menawarkan diskaun tempahan sehingga RM6 sekiranya menggunakan perkhidmatan mereka pada penghujung minggu. Promosi ini terhad untuk penggunaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru, bermula 18 Jun hingga 10 Julai.

GrabRaya

Promosi yang ditawarkan oleh Grab ini adalah untuk tempahan GrabCar (Ekonomi), dan diskaun maksima yang diberikan adalah sehingga RM6. Grab mengatakan sebanyak 20,000 perjalanan dengan diskaun ditawarkan untuk ditebus setiap penghujung minggu – dan pengguna perlu menggunakan kod GRABMYWEEKEND. Setiap pengguna hanya boleh menggunakan ia sebanyak 4 kali sahaja sepanjang tempoh promosi ini.

Bagi anda yang sering menggunakan GrabCar, mungkin boleh menggunakan kod diskaun ini, dan menikmati diskaun perjalanan sepanjang penghujung minggu pada musim Ramadhan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Grab Menawarkan Diskaun Sehingga RM6 Untuk Penghujung Minggu, Sehingga 10 Julai 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info