Sembang Maniac

Sembang-sembang je

FIFA17 Akan Hadir 29 September Ini

Siri permainan FIFA sudah muncul tahun demi tahun sejak 1993. Permainan ini telah mengalami pelbagai evolusi dan berjaya merampas takhta permainan simulasi bola sepak terbaik dari siri Pro Evolution Soccer. Tahun ini FIFA17 akan menemui peminat pada 29 September. Menerusi trailer teaser di bawah EA Sports menjanjikan perubahan berbanding edisi sebelum ini.

FIFA17 akan menggantikan enjin 3D Ignite dengan Frostbite 3 bagi memberikan kualiti grafik generasi terkini. Ini ialah enjin 3D yang sama digunakan pada Star Wars Battlefront dan Battlefield 1. Bintang bola sepak yang menjadi pilihan pula ialah Eden Hazard, Anthony Martial, Marco Reus dan James Rodriguez. Maklumat lebih lanjut FIFA17 akan diketahui pada acara E3 yang berlangsung minggu hadapan. Permainan terkini ini akan hadir pada platform PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox One dan Xbox 360.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "FIFA17 Akan Hadir 29 September Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info