YouTube merupakan salah satu platform penerbitan video yang menyediakan sejumlah ciri-ciri untuk membantu pengguna – termasuk koleksi lagu dan muzik untuk digunakan sebagai audio latar pada video. Kini, Facebook turut melakukan perkara sama dan menawarkan sejumlah lagu untuk anda gunakan pada video anda.
Facebook menawarkan kesan bunyi dan juga lagu – mengatakan ia boleh digunakan secara percuma pada video yang ingin dimuat-naik ke Facebook atau Instagram.
Langkah ini juga secara tidak langsung membolehkan pengguna kurang menggunakan lagu berhak-cipta ke platform berkenaan melalui video-video mereka.
Bagi anda yang merupakan seorang penerbit video, anda boleh mendapatkan pelbagai kesan bunyi dan audio percuma melalui Facebook Sound Collection hari ini.
Layari : Facebook Sound Collection
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Kini Tawar Koleksi Lagu Untuk Anda Gunakan Pada Video"