Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan had perkongsian Tweet yang ditambah daripada 140-aksara kepada 28-aksara. Pada awalnya, ramai yang memberikan maklumbalas kurang baik dan mengkritik langkah Twitter berkenaan. Walaubagaimanapun, kini mengikut analisa yang dilakukan SocialFlow, mereka mendapati pengguna lebih mengemari Tweet yang panjang.
Daripada data yang dikongsikan, pengguna Twitter dilihat lebih banyak “Like” dan “Retweet” akan tweet 280-aksara berbanding dengan 140-aksara, iaitu hampir dua kali ganda.
SocialFlow menggunakan data perkongsian Tweet antara 29 November hingga 6 Disember untuk analisa ini.
Twitter sendiri sebelum ini memperkenalkan sokongan 280-aksara dalam usaha membolehkan pengguna berkongsi Tweet yang lebih panjang dengan memuatkan lebih banyak kandungan tanpa perlu berkongsinya melalui dua-tiga Tweet seperti sebelumnya. Walaupun dikritik, namun langkah Twitter berkenaan dilihat menerima kesan yang positif untuk perkhidmatan sosial berkenaan.
Bagi anda sendiri, adakah anda lebih menyukai Tweet yang panjang berbanding pendek?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Analisa Awal Memperlihatkan Pengguna Twitter Mengemari Tweet Panjang 280-aksara"