Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Melancarkan Blade V7 Lite & V7 Max – Membawakan Rekaan Nipis Metalik Dengan Pengimbas Cap Jari

ZTE telah mengambil pentas utama di Kuala Lumpur dengan melancarkan dua telefon baru menerusi Blade V7 Lite dan Blade V7 Max. Kedua-duanya memfokuskan kepada rekaan nipis dengan fungsi pengimbas cap jari.

ZTE Blade V7 Lite dilihat membawakan skrin bersaiz 5-inci 720p dengan kaca sisi melengkung 2.5D, cip pemprosesan MediaTek MTK6735P, memori 2GB RAM, dan storan dalaman 16GB. Dari segi keupayaan kamera, ia didatangkan dengan kamera utama 13MP dan kamera 8MP untuk penggambaran selfie bersama sokongan dwi-flash. Ia juga membawakan pengimbas cap jari terbina bersama sokongan bateri 2500 mAh.

ZTE V7DSC05651

ZTE V7DSC05646

ZTE V7DSC05643

Disamping itu, mereka turut melancarkan ZTE Blade V7 Max yang membawakan skrin 5.5-inci 1080p, cip MediaTek Helio P10, memori 3GB RAM, dan storan dalaman 32GB. Berbeza dengan V7 Lite, V7 Max hadir dengan kamera utama 16MP dan kamera hadapan 6MP bersama sambungan USB Type-C. Menariknya, pengimbas jari ini hadir pada bahagian sisi seumpama peranti Xperia.

ZTE V7DSC05618

ZTE V7DSC05622

ZTE V7DSC05624

Kedua-dua peranti ini turut membawakan rangkaian LTE dengan sokongan dwi-sim bersama Android 6.0 Marshmallow.

ZTE V7 Lite dilihat membawakan harga rasmi RM669 namun ditawarkan pada harga RM499 untuk tempoh terhad. Manakala V7 Max ditawarkan pada harga RM999. Kedua-duanya bakal dijual bermula 16 Mei 2016 melalui pengedar-pengedar rasmi ZTE.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "ZTE Melancarkan Blade V7 Lite & V7 Max – Membawakan Rekaan Nipis Metalik Dengan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info