Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Menambah Sokongan Permesejan Untuk Anda Membincangkan Sesuatu Video Bersama Rakan-Rakan

YouTube merupakan salah satu laman perkongsian video yang terbesar di dunia, dan digunakan ramai untuk menonton, dan berbincang mengenai sesuatu video. Sehingga kini, YouTube lebih memfokuskan kepada perbincangan pada bahagian komentar sahaja, tetapi kini mereka dilihat menguji sesuatu yang baru.

Melalui fungsi baru yang mula diperkenalkan secara berperingkat kepada segelintir kecil pengguna ini, YouTube menambah sokongan permesejan terbina yang lebih peribadi untuk memudahkan anda berkongsi video dengan rakan-rakan serta berbincang mengenainya.

YouTube Mesej

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini, pengguna perlu berkongsi pautan video yang sama pada aplikasi permesejan atau Facebook untuk bercakap mengenainya – tetapi kini segalanya boleh dilakukan terus pada platform YouTube.

Fungsi ini diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih mereka terlebih dahulu, dan dilihat sebagai salah satu usaha YouTube dalam memastikan pengguna mereka kekal menghabiskan masa pada aplikasi mereka tanpa meninggalkannya. Pada hari ini, secara purata pengguna menggunakan aplikasi YouTube selama 40 minit lamanya setiap hari.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Menambah Sokongan Permesejan Untuk Anda Membincangkan Sesuatu Video Bersama Rakan-Rakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info