Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Yi Camera 2 Dengan Sokongan Rakaman 4K Bakal Diperkenalkan

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah kamera aksi seumpama GoPro yang hadir daripada anak syarikat mereka, Yi Technologies. Kini, melangkah kehadapan, Xiaomi Yi Camera 2 bakal diperkenalkan dan dilihat akan memfokuskan kepada sokongan 4K yang akan disertakan padanya.

Xiaomi Yi Camera 4K

Melalui perkongsian yang dibuat, Yi Camera 2 ini bakal menyertakan kamera 12.35-megapixel daripada Sony – iaitu berasaskan kepada sensor IMX206. Yi Camera 2 turut akan menyertakan sebuah skrin bersaiz 2.19-inci untuk pengguna melihat hasil rakamannya.

Yi Camera 2 ini akan menggunakan bateri berkapasiti 1400mAh – menawarkan masa rakaman sehingga 110 minit untuk video 4K. Seperti biasa, ia dijangka hadir dengan sokongan tahan lasak bagi merakamkan pelbagai aksi-aksi anda ketika melakukan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan.

Xiaomi Yi Camera 2 ini dijangka diumumkan pada 12 Mei 2016 kelak – beberapa hari selepas pengumuman Xiaomi Mi Max.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Yi Camera 2 Dengan Sokongan Rakaman 4K Bakal Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info