Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Akan Mula Dijual Selepas 29 Julai – Tidak Lagi Percuma

Microsoft telah menawarkan Windows 10 secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8 sejak daripada tahun lepas. Ketika pengenalan, Microsoft telah mengatakan mereka akan menawarkan ia secara percuma selama setahun, sebelum mula menjualnya selepas tempoh berkenaan.

Menekankan mengenainya, kini Microsoft menerbitkan sebuah video khusus untuk menyuruh pengguna untuk menaik-taraf sistem operasi mereka, dan mengatakan ia akan mula dijual selepas 29 Julai dan tidak lagi ditawarkan secara percuma seperti sekarang.

Ini bermakna, sekiranya anda kini menggunakan Windows 7, atau Windows 8, anda akan diperlukan membeli lesen untuk menaik-taraf ke Windows 10 selepas 29 Julai. Pengguna yang telah sedia menaik-taraf ke Windows 10 akan dapat kekal menggunakan sistem operasi berkenaan secara percuma, dan turut menerima pelbagai kemaskini akan datang secara percuma.

Microsoft hari ini juga turut mengatakan Windows 10 kini digunakan pada lebih 300 juta peranti seluruh dunia – sekaligus memberikan petanda kepada para pembangun yang mana aplikasi terbitan mereka mempunyai kebolehan untuk mencapai jumlah pengguna yang tinggi berbanding platform lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Akan Mula Dijual Selepas 29 Julai – Tidak Lagi Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info