Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan pemanduan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ia menggunakan bayaran melalui kad kredit atau debit, disamping baru-baru ini telah menambah pembayaran dalam bentuk tunai.
Terkini, Uber turut memperkenalkan satu lagi fungsi baru untuk pengguna tempatan, dinamakan sebagai Family Profiles. Menggunakannya, pengguna boleh menambah ahli keluarga yang lain, dan berkongsi kaedah pembayaran yang sama.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang ayah, anda boleh menjemput anak anda menyertai Family Profiles. Kemudiannya, anak anda boleh membuat tempahan Uber melalui peranti mereka, tetapi bayaran dicaj terus ke kad kredit atau debit anda.
Melalui Uber Family Profiles, sehingga 10 pengguna lain boleh ditambah untuk berkongsi kaedah pembayaran yang sama.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini kepada aplikasi baru, dan seterusnya menambah ahli keluarga atau rakan anda melalui halaman tetapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Memperkenalkan Sokongan Profil Keluarga – Memudahkan Anda Berkongsi Kaedah Pembayaran Yang Sama"