Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Gagal Berfungsi Berlaku Lebih Kerap Pada Android Berbanding iOS

Dua sistem operasi paling popular di dunia ialah Android dan iOS. Pengguna kedua-dua platfrom ini kerap bertelagah kerana merasakan platform pilihan mereka adalah lebih baik dari platform pesaing. Blancco Technology Group mengumpulkan data kekerapan peranti gagal berfungsi (crash) sepanjang suku pertama 2016. Dari data yang terkumpul ia menunjukkan Android lebih kerap mengalami masalah ini berbanding pada iOS.

Failure Gagal IOS ANDroid 2Menurut data mereka, kegagalan dialami oleh 44% peranti Android berbanding hanya 25% pada peranti iOS. Peranti Android paling bermasalah pula ialah Samsung Galaxy S6, S5, Lenovo K3 Note, Moto G Generasi ketiga dan S6 Active. Pada platform iOS pula peranti paling kerap bermasalah pula ialah iPhone 6, 5S, 6 Plus, 6S dan 6S Plus. Kegagalan yang paling kerap berlaku pula ialah kamera gagal berfungsi, skrin gagal mengesan sentuhan, bateri gagal berfungsi, kegagalan mikrofon dan akhir sekali masalah SIM.

Apakah kegagalan yang paling kerap anda alami pada peranti milik anda? Kami secara peribadi kerap mengalami masalah skrin Galaxy S7 Edge yang menjadi terlalu sensitif sehingga tidak responsif. Kemas kini yang diberikan Samsung memperbaiki masalah ini tetapi ia akan muncul secara tiba-tiba setiap beberapa minggu sehingga memaksa kami menghidupkannya semula bagi menyelesaikan masalah.

Failure Gagal IOS ANDroid 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peranti Gagal Berfungsi Berlaku Lebih Kerap Pada Android Berbanding iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info