Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Memperkenalkan Papan Induk X99A Gaming Pro Carbon Dengan Kedudukan USB-C Dihadapan

USB-C telah menjadi salah satu fokus utama pada tahun ini, dengan lebih banyak telefon pintar dan komputer yang menyokongnya. Namun, pada komputer, ia sering diposisikan pada bahagian belakang, dan MSI buat pertama kalinya telah memperkenalkan papan induk baru dengan kedudukan USB-C dihadapan.

MSI X99A Gaming Pro Carbon ini hadir dengan sokongan dwi-USB Type-C – satu dibelakang dan satu dihadapan. Walaubagaimanapun, port USB-C dibelakang menyokong USB 3.1 generasi kedua yang lebih pantas, berbanding pada bahagian hadapan yang menggunnakan generasi pertama sahaja.

Disamping itu, papan induk ini juga turut menyokong cip Intel Core i7 Extreme Edition baru, selain sehingga lapan slot memori sehingga 128GB DDR4 RAM, dan empat slot SLI. MSI turut menyertakan sokongan GameBoost yang membolehkan prestasi dibawah sehingga 5GHz dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Dengan sokongan spesifikasi tinggi ini, ia bukan hanya sekadar untuk gaming sahaja, sebaliknya sesuai juga untuk sokongan multimedia – mahupun untuk pembangunan dan menikmati kandungan realiti-maya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Memperkenalkan Papan Induk X99A Gaming Pro Carbon Dengan Kedudukan USB-C Dihadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info