Pada acara Google I/O hari ini telah mempersembahkan pelbagai teknologi baru yang dibangunkan oleh Google baik untuk pengguna mahupun untuk pembangun aplikasi. Salah satunya adalah Firebase Analytics, yang membolehkan pembangun untuk melakukan analisis yang lebih mendalam untuk aplikasi yang diterbitkan.
Analisis terhadap aplikasi merupakan salah satu perkara yang penting kerana dengan hasil penemuan tersebut membolehkan pembangun melakukan sesuatu perkara. Perilaku pengguna seperti masa yang diluangkan pada aplikasi tersebut, butang atau ayat apakah yang lebih menjana pembelian, malah sesuatu aksi dalam permainan dalam dijejak menggunakan Firebase Analytics.
Jika sebelum ini pembangun perlu melakukan komponen analisis mereka sendiri, dengan Firebase Analytics terdapat kit pembangunan perisian (SDK-Software Development Kit) yang membolehkan pembangun meletakkan kod ringkas, dan hasil analisa tersebut boleh dilihat pada paparan antaramukanya. Pelbagai perkara boleh dianalisa seperti waktu pengguna menggunakan aplikasi, tempoh mereka menggunakannya, berapa ramaikah pengguna aktif menggunakannya dan sebagainya.
Bagi pembangun aplikasi, anda boleh mencuba Firebase Analytics bermula hari ini secara percuma.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lakukan Analisis Pada Aplikasi Menggunakan Firebase Analytics"