Perniagaan atas talian ialah kini semakin popular dan menjadi sumber pendapatan tambahan di dalam keadaan ekonomi yang kurang baik. Kami mempunyai ramai teman yang kini menjual makanan, hijab, permainan komputer, cecair vape dan barangan bayi secara atas talian sejak enam bulan kebelakangan ini. Menyedari semakin ramai rakyat Malaysia mencari pendapatan secara atas talian, Kementerian Kewangan merancang untuk mengutip cukai dari perniagaan atas talian.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Perdagangan, Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah mengesahkan pihak mereka sudah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk melakukan kajian terperinci ke atas isu ini. Pihak kementerian juga akan mendapatkan bantuan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan senarai peniaga atas talian di Malaysia. Selain peniaga atas talian, pemandu perkhidmatan perkongsian pemanduan seperti Uber turut akan menjadi sasaran LHDN kerana dikatakan mengaut pendapatan bulanan mencecah RM 7000 sebulan.
E-ekonomi semakin berkembang di Malaysia dan mengutip cukai dari peniaga atas talian ialah langkah yang sudah dijangkakan selepas kerajaan mengarahkan peniaga untuk berdaftar tahun lalu. Silalah membayar cukai anda bagi memastikan perkhidmatan “percuma” seperti bomba, polis dan hospital awam dapat dibiayai dengan sewajarnya. Seperti kata Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Najib Razak, mereka yang mengelak cukai ialah pengkhianat negara.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kementerian Kewangan Merancang Mengutip Cukai Dari Perniagaan Atas Talian"