Fitbit merupakan nama yang tidak asing dalam arena peranti boleh-pakai memfokuskan kecergasan. Mereka sedia memegang pasaran tertinggi dalam arena peranti pintar boleh-pakai dan hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat memfokuskan pembayaran melalui NFC, iaitu Coin.
Dengan pengambil-alihan ini, kita mungkin akan dapat melihat pihak Fitbit mula menyertakan sokongan pembayaran pada peranti boleh-pakai mereka. Seperti ramai sedia maklum, Apple sedia melakukannya, selain fungsi sama turut hadir pada Android Wear.
Fitbit tiada perancangan untuk mengintegrasikan teknologi Coin pada produk mereka tahun 2016 ini, dan mungkin kita hanya akan melihatnya pada tahun hadapan. Coin sebelum ini telah bekerjasama dengan sejumlah penyedia perkhidmatan pembayaran, termasuk MasterCard.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fitbit Mengambil-Alih Syarikat Teknologi Memfokuskan Pembayaran NFC, Coin"