Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Call of Duty : Infinite Warfare Akan Hadir Pada Bulan November

Call of Duty merupakan salah satu permainan tembak-menembak dan aksi yang popular daripada Activision. Terkini, mereka telah pun secara rasminya memperkenalkan trailer terbaru untuk permainan Call of Duty : Infinite Warfare yang akan datang, serta berkongsi tarikh pelancarannya.

Call of Duty : Infinite Warfare dilihat akan memfokuskan perang bukan sahaja di tanah, tetapi juga di angkasa – sekaligus membawa kepada penggunaan senjata baru selain kaedah permainan dan kuasa watak yang lebih pelbagai. Pada masa yang sama, Activision menekankan mereka masih kekal dengan konsep Call of Duty dan tidak lari daripadanya.

Call of Duty : Infinite Warfare ini bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 4 November 2016 kelak, dan ditawarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Disamping permainan ini, mereka juga bakal hadir dengan Call of Duty 4 : Modern Warfare yang dibangunkan kembali untuk konsol generasi masa kini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Call of Duty : Infinite Warfare Akan Hadir Pada Bulan November"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info