Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 6 Dilaporkan Bakal Menyertakan Sokongan USB Type-C

Samsung pada setiap tahun mempunyai dua telefon pintar utama yang akan diperkenalkan, iaitu satu daripada keluarga Galaxy S, dan satu lagi daripada keluarga Galaxy Note. Untuk tahun ini, generasi ke-6 Galaxy Note bakal diperkenalkan, sekitar bulan September atau Oktober kelak.

Terkini, desas-desus awal berkaitan dengan Galaxy Note 6 telah mula kedengaran, dan ia dikatakan akan menjadi peranti terawal daripada Samsung yang menyertakan sokongan USB Type-C.

USB-C

USB Type-C telah mula diintegrasikan pada beberapa peranti baru sejak daripada tahun lepas. Melaluinya, ia menawarkan sokongan penghantaran data dan juga kuasa yang lebih pantas – dan pada masa yang sama membawakan rekaan kabel yang boleh digunakan secara terbalik dan bukan satu arah sahaja seperti mikro-USB.

Dengan penggunaan USB Type-C pada Galaxy Note 6 juga, berkemungkinan kita akan melihat sejumlah aksesori baru, termasuk kemaskini kepada keluarga Gear VR kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 6 Dilaporkan Bakal Menyertakan Sokongan USB Type-C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info