Apple iTunes merupakan salah satu perkhidmatan popular daripada Apple yang membolehkan para pengguna untuk membuat pembelian kandungan digital – terutamanya lagu. Ia boleh dikatakan salah satu platform yang popular, dan masih kekal popular untuk mendapatkan lagi – walaupun menerima persaingan sengit daripada perkhidmatan penstriman muzik.
Terkini, iTunes dilihat mempunyai masalahnya tersendiri. Beberapa pengguna mula melaporkan yang mana lagu-lagu yang disimpan mereka di iTunes mula digantikan dengan Apple Music. Ini bermakna, fail asal lagu berkenaan yang biasanya disimpan pada komputer digantikan dengan versi Apple Music.
Ia sekaligus mengubah format asal lagu berkenaan kepada apa yang disokong oleh Apple Music. Beberapa pengguna mengatakan sejumlah besar lagu mereka hilang – malah risau akan berkenaan status lagu yang telah dibeli mereka sekiranya mereka menamatkan langganan Apple Music.
Apa yang lebih mendukacitakan adalah kerana terdapat beberapa lagu yang dikesan secara silap melalui Apple Music – dan penggantian ia secara automatik pada iTunes membuatkan pengguna yang memiliki lagu asal yang mungkin tidak popular atau ditawarkan secara meluas kehilangan lagu berkenaan apabila ia digantikan secara automatik menggunakan algoritma Apple Music.
Buat masa ini, ia hanya memberikan kesan kepada segelintir kecil pengguna sahaja. Pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan masalah ini buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iTunes Membuatkan Sejumlah Lagu Yang Dibeli Pengguna Hilang"