Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Penstriman Disney Pula Disekat Di China

Minggu lalu perkhidmatan Apple iBookstore dan iTunes Movies dihalang di China. Hari ini tiba giliran perkhidmatan Disney pula menerima nasib yang sama. Perkhidmatan DisneyLife yang dilancarkan di China Disember lalu menawarkan penstriman siri animasi, filem dan permainan. Ia adalah kerjasama diantara Disney dan Alibaba. Pelanggan hanya perlu membeli sebuah peranti berbentuk Mickey Mouse yang dipasang terus pada televisyen. Setiap peranti ini dijual pada harga RMB 799 (RM 482) sebuah.

DisneylifePerkhidmatan ini dihentikan secara tiba-tiba dan pihak Alibaba dengan pantas menawarkan pulangan wang kepada pelanggar mereka. Sumber mengatakan DisneyLife dihentikan atas permintaan pihak berkuasa China. Negara ini sangat terkenal dengan tahap penapisan yang tinggi. Kandungan internet dari luar disekat dan halangan perkhidmatan DisneyLife, iBookstore serta iTunes Movies ini ada kena mengena dengan permintaan supaya kandungan ditapis mengikut garis panduan pihak permintaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Penstriman Disney Pula Disekat Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info