Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Astro Memperkenalkan Saluran Khusus Untuk E-Sukan – eGG, Beroperasi Bermula Jun 2016

Astro telah sedia membuat tayangan untuk beberapa pertandingan e-sukan terkemuka, dan terkini, seperti laporan yang hadir sebelum ini, Astro telah pun mengumumkan pengenalan saluran khusus untuk e-sukan dan juga permainan video, dinamakan sebagai eGG (Every Good Game).

Melalui saluran yang akan beroperasi 24/7 ini, ia akan memberikan akses kepada pelbagai sukan elektronik melibatkan permainan League of Legends, Dota 2, Counter Strike Global Offensive, Hearthstone, Heroes fo the Storm, Starcraft 2, dan banyak lagi.

Astro berharap melalui saluran ini, mereka akan menyatukan para peminat e-sukan, dan pada masa yang sama menawarkan pelbagai kandungan menarik melaluinya. Ia bukan sahaja akan tayangkan perlawanan, sebaliknya turut akan menyediakan kandungan berbentuk dokumentari, panduan permainan, panduan pakar dan sebagainya.

Saluran eGG ini akan beroperasi pada saluran 808, dan ianya percuma untuk semua pelanggan Astro dan juga Astro On-The-Go. Ia akan mula beroperasi mulai Jun 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Astro Memperkenalkan Saluran Khusus Untuk E-Sukan – eGG, Beroperasi Bermula Jun 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info