Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Program Mod Fallout 4 Creation Kit Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna PC

Apakah perkara paling menarik bagi pengguna permainan PC selain grafik lebih tinggi dan berkualiti? Jawapannya bagi kami ialah jumlah mod yang boleh dimuat turun dengan mudah. Dengan mod pelbagai perubahan boleh dilakukan dengan pantas sehingga mengubah permainan asal. Fallout 4 sudah menerima pelbagai mod yang dihasilkan sendiri oleh komuniti peminat. Antara yang terbaik kami lihat ialah mod realistik yang menjadikan watak permainan kelihatan lebih cantik dan juga mod isometri yang mengubah Fallout 4 menjadi seakan Fallout 2.

Menghasilkan mod bukanlah perkara yang mudah sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi. Dengan program Creation Kit, kesemua pemain Fallout 4 boleh menghasilkan mod mereka sendiri dan memuat naik supaya ia boleh digunakan oleh pemain lain. Program Creation Kit ini boleh dimuat turun kesemua pemain versi PC sekarang. Dengan kemas kini versi 1.5, kini terdapat juga tetapan memilih mod secara terus dari menu permainan.

Kesemua mod boleh dimuat turun, dipasang dan dinyahpasang tanpa permainan perlu dihentikan terlebih dahulu. Setiap mod juga boleh diberikan markah dan komen oleh kesemua pengguna bergantung kepada kualiti. Bagi pemilik konsol Xbox One, Creation Kit hanya boleh dimuat turun bulan hadapan. Kepada pemilik PlayStation 4 pula, ia hanya boleh dimuat turun pada bulan Jun.

Muat turun Fallout 4 Creation Kit PC



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Program Mod Fallout 4 Creation Kit Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info