Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Mengesan Kecergasan Samsung Gear Fit 2 Dan Gear IconX Tertiris

Peranti mengesan kecergasan memudahkan pengguna mengesan tahap kesihatan tubuh mereka. Jarak larian, jumlah kalori dibakar, jalan yang diambil dan degupan nadi boleh direkod secara konsisten tanpa perlu sebarang input aktif dari pemakai. Samsung nampaknya mempunyai dua peranti mengesan kecergasan baru dan gambarnya tertiris ke arena web. Peranti kecergasan pertama ialah Samsung Gear Fit 2 yang kini mempunyai fungsi GPS terbina berbanding model terdahulu.  Skrin 1.84″ AMOLED melengkung disertakan dengan tali yang diperbuat daripada silikon.

Samsung-Gear-Fit-2-1Peranti kedua yang tertiris ialah Gear IconX, sebuah fon telinga dengan sistem pengesan kecergasan terbina. IconX ialah fon telinga tanpa wayar dengan muatan dalaman 4 Gigabyte bagi menyimpan muzik yang ingin didengari ketika bersenam. Ia hadir dengan tempat simpanan merangkap sistem pengecas baterinya sendiri. Bahagian tepi dilengkapi panel sesentuh bagi mengawal permainan muzik. Tiada maklumat diketahui setakat ini.

Samsung-Gear-IconX



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Mengesan Kecergasan Samsung Gear Fit 2 Dan Gear IconX Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info