Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Sedang Menguji Sokongan Sticker Untuk Ditambah Pada Gambar

Twitter GamingPada pelbagai perkhidmatan permesejan hari ini, salah satu fungsi yang hadir adalah sokongan dinamakan Sticker, menawarkan emoji atau grafik bersaiz sedikit besar berbanding emoticon biasa. Kini, Twitter dilaporkan sedang menguji untuk mengintegrasikan perkara sama pada perkhidmatan mereka.

Melalui Twitter, ia dikatakan akan membolehkan pengguna untuk menambah Sticker ini pada gambar sebelum pengguna berkongsi gambar melalui perkhidmatan Twitter.

Buat masa ini, Twitter masih sedang menguji fungsi ini secara dalaman, dan tidak diketahui lagi sama ada mereka akan memperkenalkannya kepada umum ataupun tidak. Sekiranya ya, kita juga mungkin akan melihat beberapa jenama mula menggunakannya – selain selebriti yang turut mengintegrasikan sticker mereka tersendiri pada gambar sebelum dikongsikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Twitter Sedang Menguji Sokongan Sticker Untuk Ditambah Pada Gambar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info