Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Papan Kekunci Untuk iPhone

Pada tahun 2013 yang lepas, Google telah memperkenalkan Google Keyboard untuk pengguna Android – dimana membawakan rekaan yang minimalis, dan mudah digunakan – sekaligus menawarkan pengalaman yang selari sekiranya pengguna sering bertukar peranti Android.

Google Keyboard

Kini, Google yang sering menawarkan aplikasi serupa untuk pengguna iPhone dilaporkan sedang membangunkan sebuah aplikasi papan kekunci untuk iOS.

Melalui papan kekunci berkenaan, ia dikatakan menyertakan sokongan gesture, disamping turut mengintegrasikan carian GIF, serta kebolehan carian yang lain. Ia dikatakan akan berbeza dengan apa yang terdapat pada Android hari ini yang mana hanya memfokuskan kepada input berasaskan teks sahaja, sebaliknya pada iOS ia juga turut memfokuskan kepada input bergambar.

Google seperti ramai sedia maklum merupakan syarikat dengan DNA carian, dan dengan papan kekunci khusus daripada mereka, ia akan lebih memfokuskan untuk memudahkan pengguna membuat carian pada peranti mudah-alih.

Ia tidak diketahui lagi sama ada bilakah Google akan melancarkan papan kekunci untuk iOS ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Papan Kekunci Untuk iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info