Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Akan Mengekalkan Penggunaan Had 140 Aksara Pada Perkhidmatan Mereka

Twitter GamingTidak lama sebelum ini, hadir beberapa laporan dan desas-desus mengatakan Twitter akan meningkatkan had aksara pada perkhidmatan mereka kepada sehingga 10,000 aksara – selepas perkara sama diperkenalkan pada fungsi DM di perkhidmatan berkenaan.

Kini, CEO Twitter hadir mengesahkan yang mana mereka tidak akan meningkatkan penggunaan aksara sehingga 10,000 aksara, sebaliknya mengekalkan penggunaan 140 aksara seperti hari ini.

Peningkatan penggunaan aksara pada Twitter mempunyai reaksi berbeza daripada penggunanya. Ada yang inginkan perkhidmatan yang ringkas dengan had 140-aksara sahaja, sebaliknya pada masa yang sama, ada yang inginkan penggunaan aksara yang lebih banyak. Buat masa ini, ada yang membuat penulisan yang panjang pada aplikasi nota di telefon pintar, dan kemudian berkongsi ia dengan membuat rakaman skrin dan menjadikannya gambar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Akan Mengekalkan Penggunaan Had 140 Aksara Pada Perkhidmatan Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info