Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron Digunakan Di India Untuk Membasmi Masalah Pembuangan Najis Di Tempat Terbuka

Mengikut perangkaan yang dikongsi oleh WHO, lebih 2 bilion insan di dunia tidak mempunyai akses kepada tandas yang sempurna. Antara negara dengan masalah pembuangan najis besar dan kecil di tempat terbuka yang paling serius ialah India. Telanagana, yang merupakan sebuah wilayah yang terletak di Selatan India cuba membasmi masalah ini dengan menggunakan dron.

Pihak polis diberikan dron untuk melakukan rondaan berhampiran empangan Lower Manair yang menjadi kawasan pembuangan pilihan penduduk tempatan. Pembuangan najis yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran berlaku kepada sumber air penduduk setempat. Video dan gambar mereka yang membuang najis kemudian akan disebarkan bagi menimbulkan kesipuan sekaligus mengelakkan mereka dari mengulanginya.

Ujian awal menunjukkan kesan negatif dengan jumlah penduduk yang membuang najis secara terbuka dilaporkan menurun dengan mendadak. Sekiranya berjaya, program penggunaan dron ini akan digunakan dengan lebih meluas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron Digunakan Di India Untuk Membasmi Masalah Pembuangan Najis Di Tempat Terbuka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info