Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera Samsung Galaxy S7 Edge Kini Adalah Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Menurut DXOMark

Takhta kamera terbaik pada peranti mudah alih kini milik Samsung Galaxy S7 Edge menurut laman DxOMark. Kamera 12 Megapixel S7 Edge diberikan 88 markah dan ini adalah jauh lebih baik berbanding juara sebelum ini Galaxy S6 Edge Plus dan Xperia Z5 dengan 87 markah. Sistem pemfokusan yang pantas duo-pixel, penghasilan warna yang tepat serta kualiti gambar yang baik di dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Dari segi video pula ia mempunyai penstabilan video terbaik kerana menggunakan sistem OIS.

DXOMark-S7-EdgeSamsung Galaxy S7 Edge dilengkapi sensor kamera Sony IMX260 ataupun Samsung ISOCELL mengikut pasaran tertentu. Markah yang dicatatkan di atas adalah peranti yang menggunakan sensor IMX260. Dari beberapa laporan yang kami baca tiada perbezaan ketara diantara gambar yang diambil menggunakan dua sensor berbeza ini. Secara peribadi kami juga merasakan kamera S7 Edge adalah yang terbaik pernah kami gunakan kerana pemfokusan yang pantas, gambar yang amat tajam serta penghasilan warna yang amat baik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Samsung Galaxy S7 Edge Kini Adalah Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Menurut DXOMark"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info