Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Galaxy S6 Edge+ Mula Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow

Galaxy S6 Edge Plus MarshmallowSekiranya anda menggunakan Galaxy S6 Edge+ di Malaysia, mungkin anda boleh menyemak peranti anda hari ini. Pihak Samsung nampaknya telah mula memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna tempatan, yang mana turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara perkara baru yang diperkenalkan, adalah termasuk kepada kemaskini antaramuka TouchWiz, kemaskini baru untuk sokongan pengimbas cap jari, dan kebolehan untuk berhubung dengan peranti berasaskan Bluetooth dengan lebih pantas.

Samsung turut menekankan yang mana sekiranya pengguna telah menyulitkan (encrypt) peranti sebelum penaik-tarafan, ia tidak boleh dinyah lakukan selepasnya.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy S6 Edge+, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memuat-turun fail bersaiz sekitar 1.3GB ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Galaxy S6 Edge+ Mula Menerima Kemaskini Android 6.0 Marshmallow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info