Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemproses MediaTek Helio X25 Diumumkan – Bakal digunakan Pada Meizu Pro 6

MediaTek nampaknya berusaha dengan gigih untuk mengatasi Qualcomm sebagai pengeluar cip pemproses peranti pintar terbaik di pasaran. Dengan Helio X25 mereka mempunyai sebuah lagi cip pemproses 10 teras yang membawakan beberapa pembaharuan berbanding Helio X20. Cip ini menggunakan teknologi tri-cluster dengan dua teras A72 pada kelajuan 2.5 GHz, empat teras A53 pada kelajuan 2.0 GHz dan empat lagi teras A53 pada kelajuan 1.4 GHz.

MediaTek-Helio-X5-2Perbezaan di antara X25 dan X20 ialah dua teras A72 X20 berfungsi pada kelajuan 2.3 GHz. Cip grafik  Mali T-880 dikekalkan dengan peningkatan kepada 850 Hz. Meizu Pro 6 akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan pemproses baru ini. Pada waktu yang sama MediaTek mengumumkan bahawa Vernee Apollo akan menjadi peranti pertama yang menggunakan Helio X20. Peranti ini dilengkapi skrin QHD dan RAM sebesar 6 Gigabyte.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemproses MediaTek Helio X25 Diumumkan – Bakal digunakan Pada Meizu Pro 6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info